Dana Wakaf Pulau Pinang merupakan satu alternatif kepada pelaksanaan ibadah wakaf. Pelaksanaannya berkonsepkan wakalah. Ini bermaksud, para penyumbang mewakilkan kepada MAINPP untuk mewakafkan mana-mana ain kekal kerana Allah Ta’ala.
Ini merupakan satu usaha untuk mengembeleng kerjasama ummah untuk bersama-sama melaksanakan ibadah wakaf walau pada tahap manapun kemampuan ekonomi seseorang. Para penyumbang boleh menyalurkan sumbangan serendah RM5.00 (Ringgit Malaysia Lima Ringgit)
dan tiada had maksimum yang ditetapkan. Bermula dari RM5.00 ini,semua dana yang terkumpul akan disalurkan menjadi a’in kekal sebagaimana syarat kepada sesuatu wakaf itu diwujudkan. Dalam tempoh 19 tahun pewujudannya,
secara berdikit-dikit Dana Wakaf Pulau Pinang telah Berjaya mengumpulkan sumbangan wang tunai berjumlah RM2,164,640.23.